Wednesday, 25 September 2013

pelajar cemerlang

http://eemoticons.net


Jangan risau (worry). Setiap orang mempunyai keupayaan yang sama. Kamu mampu (able) menjadi
seorang pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran seperti mana rakan-rakan kamu yang lain. Yang penting, kamu perlu ikuti tip di bawah ini.
1. Buang sifat malas 
Tahukah kamu, musuh utama untuk kamu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran adalah sifat malas (lazy). Jika sifat malas menguasai diri kamu, kamu  seolah-olah telah menempah kegagalan bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam kehidupan kamu pada masa hadapan (future). Jadi, bermula hari ini, buang  sejauh-jauhnya sifat malas tetapi jadilah seorang yang ringan tulang dan rajin belajar. 
2. Tingkatkan motivasi 
Apa agaknya perkara yang membuatkan kamu rasa kurang bermotivasi? Cuba cari punca (source) mengapa kamu rasa kurang bersemangat untuk belajar. Cuba baca kisah-kisah daripada orang yang pernah gagal (fail) tetapi bangkit semula sehingga menjadi seorang yang berjaya. Kamu perlu ingat, tiada orang yang dilahirkan bodoh tetapi setiap orang dikurniakan akal yang sempurna untuk berfikir dan dikuatkan lagi dengan semangat yang patut kamu miliki untuk berjaya. 
3. Elak tanggapan yang salah
Jangan terlalu banyak membuat tanggapan (assumption) jika kamu tidak tahu sesuatu perkara itu benar atau tidak. Jangan sesekali mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu menjamin (ensure) masa depan kamu. Bukankah jika ada dalam kalangan rakan kamu berjaya dengan cemerlang, kamu akan menganggap rakan kamu itu bijak? Jadi, jika kamu mahu digelar sebagai seorang yang bijak, kamu perlu buktikan kejayaan kamu dalam pelajaran. 
4. Jangan bertangguh
Jika kamu mempunyai sikap suka bertangguh, cepat-cepat hapuskan sikap (habit) tersebut. Untuk menjadi seorang yang bijak, kamu kena pantas (quickly) dari segi tingkah laku dan pemikiran. Jika kamu mempunyai kebijaksanaan tetapi tidak mengaplikasikan dalam kehidupan seharian, ia hanyalah sia-sia sahaja. Jika di sekolah, kamu hanyalah pelajar biasa sahaja tetapi jika kamu buang sifat bertangguh dan rajin mengulang kaji pelajaran, kamu mungkin akan meningkat kepada
pelajar cemerlang dan sekali gus menjadi seorang pelajar yang bijak di sekolah kamu. 
5. Punyai perancangan pembelajaran  
Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai perancangan (plan) untuk belajar dengan berkesan. Contohnya, mempunyai jadual waktu yang tersusun dan efektif, mengamalkan cara hidup yang sihat melalui pemakanan dan senaman (exercise) dan mempunyai matlamat hidup yang jelas. Letakkan matlamat kamu untuk  mendapat 

Tuesday, 17 September 2013

kemahiran membuat nota

http://eemoticons.net

Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

Mengapa Perlu Membuat Nota? 

1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan

5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari

6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Membuat Nota

1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat

3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)

* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana

4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan

5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai

Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

1. Perkataan atau prasa yang penting

2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom

3. Lukisan atau lakaran

Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri

5. Gunakan dalm bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang

6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca


sila download disini :

kemahiran berfikir aras tinggi

http://eemoticons.net
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


                              KONSEP BERFIKIR                              
• Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

                                            PROSES BERFIKIR                                              


• Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii. Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.





                    PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR                     
• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.



                       TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR                         

1. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

2. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

3. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.
- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

4. Teori Konstruktivisme
- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.



                                   ALAT BERFIKIR                                       

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.



JENIS-JENIS PEMIKIRAN
• Pemikiran Konvergen
- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.

• Pemikiran Divergen.
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.


• Pemikiran Reflektif
- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.





Sunday, 15 September 2013

kemahiran belajar


http://eemoticons.net
                                              BERTANYA                                             

  • Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
  • Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
  • Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
  • kamus jika tidak fahami.
  • Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
  • timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
  • Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
  • sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
  • Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
  • Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
  • bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran
Faedah Bertanya :
  • Membuat anda berfikir
  • Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
  • Menghilangkan perasaan malu dan takut.
  • Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.
Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
“TAK TAHU APA NAK TANYA”.
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.
Saya takut ?

  • Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
  • Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
  • Bertanya dalam kelas dengan yakin.
Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.

  • Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
  • Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami.
  • Anda terpaksa memberanikan diri
  • Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.





                                CARA MEMBACA                                       

Tujuan :-- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
Pemahaman:-

  • Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
  • Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
  • Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
  • Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):

  • Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
  • Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
  • Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
  • Seronok dan aktif di kelas.
  • Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
  • Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
  • Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
Cara Membaca:

  • Menggaris
  • Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
  • Meneliti rajah-rajah
  • Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
  • Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
  • Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
  • Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.
  • Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
  • Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
  • Ulangkaji bacaan anda.
  •  Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
  • Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).



                      RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN                         
Faedah-Faedah Rujukan :

  • Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
  • Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
  • Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
  • Ada keyakinan diri pada diri pelajar.

Bilakah Masa Yang Sesuai:
  • Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
  • Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.
Ringkasan:

  • Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
  • Kecerdasan anda akan diasah .
  • Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
  • Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
  • kekeliruan dan kebosanan.
                          MEMBACA SEBELUM KE KELAS                                     
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.
Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:

  • Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
  • Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.
  • Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
  • Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
  • Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
  • Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
  • Memudahkan anda memahami sesuatu topik.
Masa dan Cara Membuat Persediaan :-

  • Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
  • Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.
  • Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
  • Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
  • Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.
Ringkasan :

  • Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
  • Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu.
  • Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
  • Sediakan soalan-soalan jika perlu.
  • Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.



                                              MEMBUAT NOTA                                             

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.
Faedah-Faedah Membuat Nota :

  • Merupakan ulangkaji dan hafalan.
  • Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
  • Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
  • Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
  • Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.
Jenis-Jenis Nota :

  • Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
  • Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
  • Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,
  • menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.


Ringkasan :

  • Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah
  • pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
  • Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
  • Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
  • Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.
 JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.
Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
cara-cara :-
  • Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
  • Membaca dan membuat nota sendiri.
  • Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
  • Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
  • Cuba menjawab soalan objektif
  • Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.
Ringkasan :

  • Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
  • Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
  • Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
  • Kerja rumah sebelah siang.
  • Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
  • Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .
                                         MENGULANGKAJI                              
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.

Kepentingan Mengulangkaji:

  • Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
  • Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
  • Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
  • Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.

Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih 
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik      tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.

Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
+ Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
+ Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.

  • Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
  • Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
  • Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
  • Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
  • Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
  • Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
  • Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .
Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :

  • Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
  • Mengulangkaji nota dan buku teks.
  • Kerja Rumah/ Latihan.
  • Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
  • Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
  • bersama skima jawapan.
  • Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
  • Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)
Ringkasan:

  • Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
  •  Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
  • Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
  • Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.




                             MENIMBULKAN MINAT                                  
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.

Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.


http://eemoticons.net Bagaimana Menimbulkan Minat:
  • Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
  • Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
  • Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.
  • Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.
  • Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.
Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.


                                    MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN                          

Ringkasan :

  • Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
  • Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
  • Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
  • Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.


 PERBINCANGAN

Faedah-Faedah Perbincangan:
1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.



Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
  • Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
  • Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
  • Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
  • Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.
  • Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
  • Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul.
  • Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
  • Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul.
  • Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .
  • Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.


MENILAI KEMAJUAN:

Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.

Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
  1. Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
  2. Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
  3. Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
  4. Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.




                   MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:                      

1. Terlalu Banyak Kerja
  •  Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
  • Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
  • membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. 


2. Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual
waktu jika tidak sesuai.

3. Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan
biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak
berfaedah.

4. Tiada Rujukan.
  •  Amalkannya dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
  •  Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
  • Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
  • dengan mereka.



5.Kerunsingan
  • 1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan
  • sebenar.
  • 2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
  • mengulangkaji / membaca




 MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).
http://eemoticons.net

Saturday, 14 September 2013

http://eemoticons.net

KESANTUNAN BERBAHASA


Kesantunan budaya Melayu dalam sistem panggilan

Menurut Kamus Dewan (1984) hal. 1126 sistem, bermaksud kaedah atau cara untuk melakukan / menyebut sesuatu, manakala penggilan hal. 901 bermaksud menyuruh datang dengan menyebut nama. Kesimpulannya sistem panggilan bermaksud cara atau kaedah untuk memanggil seseorang untuk datang atau bertegur.

Takrifan Kesantunan

Berbicara tentang santun dalam berbahasa, rasanya amatlah wajar untuk kita selusuri takrifan kesantunan itu sedalam-dalamnya. Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

Santun dalam berbahasa bukan sahaja mendapat perhatian para pakar bahasa tempatan malah turut dikaji oleh para pengkaji bahasa dari barat. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fishman J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
http://eemoticons.net

Manalah akan ada ketentuan Allah yang buruk.
Manalah akan ada ketetapan Allah yang tidak baik.
Tidak ada.
Kalau pun aku mahu mencarinya,
Tidaklah akan aku temui,
Satu apa pun dari takdir-NYA,
Qada dan qadar-NYA,
Yang tidak baik.
Pencarian yang sia-sia!
Bukan kerana aku yang tak berdaya.
Tapi kerana perancangan-NYA yang
MAHA SEMPURNA.

gadistukangkebun:

Duhai tuhan jika dengan melepaskan cintaku pada dia,  aku akan memperolehi kewarasanku. . 
Maka lenyapkan lah dia dari ingatanku.
 
Duhai tuhan andai mampu aku meminta padamu saat ini. . 
Kau tumbuh kan lah cintaku pada-Mu ya Rabb.
Permudah kan lah pengembaraan ku menuju ke jalan-Mu.
 
gadistukangkebun.
12 September 2013.
Palmer Road, Sheffield.
 
 


DISEBABKAN sistem pendidikan di Malaysia lebih mengutamakan kecemerlangan akademik akhirnya telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan gender di universiI dan dalam struktur pekerjaan.

Bilangan pelajar di universiti awam dan swasta turut dikuasai oleh 70 peratus wanita dan ini merupakan hasil dari cara kita mendidik para pelajar yang mementingkan pencapaian pengetahuan berbanding keperluan sebenar pendidikan sebagai memenuhi tuntutan hidup yang dapat menguasai ilmu.

Faktor gender telah memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana menurut kajian kadar ingatan mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Disebabkan bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan, yakni melontarkan kembali apa yang diajar di sekolah, maka lelaki didapati kurang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang bersifat demikian.

Menurut Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce, pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak bagi mengatasi ketidakseimbangan tersebut kita perlu keluar dari bentuk sistem pendidikan yang bersifat punitif.

Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan punitive, mereka yang cemerlang dalam peperiksaan mendapat hampir kesemua peluang manakala mereka yang kurang cemerlang akan ketinggalan. Keadaan itu sepatutnya diubah untuk membolehkan mereka yang lambat memahami proses menerima pengetahuan mendapat peluang kedua atau ketiga sebagaimana diinginkan oleh pendemokrasian pendidikan,” jelas Dr Shahren dalam forum sempena Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Kebangsaan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Kuching, Sarawak pada 15 Mei 2011.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Dr Jeniri Amir, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Unimas manakala tiga lagi ahli panel ialah Dato’ Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof Madya Dr Fatimah Haji Bujang, Pensyarah Fakulti Perakaunan, Universiti teknologi MARA kampus Kota Samarahan, Sarawak dan Awangku Merali Pengiran Mohamad, dari Jabatan Pelajaran Sarawak.

Menurut Dr Shahren lagi, mereka yang gagal dalam pendidikan turut menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat kerana menganggap dirinya tidak dapat menyumbang dan mengalami masalah dalam penerimaan masyarakat.

Dengan cara ini, sistem pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan jenayah di mana mereka tidak diberi peluang untuk memperbaiki pencapaian diri dalam sistem pendidikan. Kerana itu kita memerlukan satu bentuk sistem pendidikan yang lebih toleran dan turut menyediakan peluang untuk untuk membaiki kelemahan,” jelas Dr Shahren.

Dr Fatimah dan Dato’ Devamany  turut melihat kepada perubahan dalam diri seseorang itu sebagai asas yang penting bagi membangunkan modal insane kerana “tidak ada guru yang besara”. Guru akan tetap diingati dan dipanggil guru walaupun dari segi umurnya telah bersara.

Bagi membolehkan seseorang guru melakukan tranformasi, menurut Dato Devamany yang juga bekas seorang guru lebih cenderung melihat kepada perubahan dalam diri sendiri terlebih dan “tidak terlalu memberikan fiokus kepada faktor luaran. Bagi guru, tanggungjawab utamanya ialah memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan berkesan sehingga mereka boleh menjadi seorang yang cemerlang.”

Para guru turut diseur agar dapat menghapuskan “budaya ketepuan anjakan” kerana persekitaran dunia telah berubah atas pelbagai faktor termasuk globalisasi. Kerajaan telah merangka pelan transformasi dengan hasrat untuk meningkatkan kedudukan pendapatan rakyat untuk muncul sebagai negara berpendapat tinggi menjelang tahun 2020.

Pendapat tersebut disokong oleh Dr Fatimah yang menganggap bahawa setiap daripada rakyat perlu bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar tidak mewujudkan suasana “mati sebelum ajal”, iaitu tidak ingin berubah. Perubahan, meskipun tidak mahu dilaksanakan, ia akan tetap berlaku dan dalam situasi itu jika kita tidak berusaha untuk melakukannya, kita bolehlah diibaratkan sebagai telah mati dalam perjuangan.

Dr Fatimah turut melihat bahawa “perubahan itu mesti bermula dalam diri kita sendiri” kerana dalam fitrah pendidikan, hasil yang lebih dipentingkan ialah murid dan kerana itulah “murid mestilah lebih pandai daripada guru.”

Jika pada akhirnya guru lebih pandai daripada murid, guru itu sebenarnya tidak berupaya melaksanakan transformasi pendidikan untuk membentok modal insan yang amat diperlukan oleh negara bagi mencapai tahap negara maju.

Persoalan yang kita hadapi sekarang ialah masalah sosial dan dalam melihat perkara ini kita tidak seharusnya cuba mencari siapakah yang patut dipersalahkan. Kita seharusnya mencari jalan bagaimana untuk membendungnya, kerana guru mempunyai input dan output yang penting,” jelas Dr Fatimah.

Bagi Awangku Merali, persoalan gender bukanlah perkara yang bakal menyebabkan berlakunya masalah dalam masyarakat kerana memang antara lelaki dan wanita telah dilahirkan secara semulajadinya berbeza. Wanita mempunyai bentuk fizikal, misalnya keadaan punggung adalah lebih besar daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai bentuk bahu yang lebih lebar berbanding wanita.

Perbezaan ini memberikan kita pemahaman bahawa wanita mempunyai kesanggupan untuk duduk lebih lama berbanding dengan lelaki. Lelaki pula mempunyai semangat mengembara (explorer) yang lebih besar berbanding lelaki. Maka ini bermakna proses pembelajaran antara lelaki dan wanita sudah menunjukkan keperluan yang berbeza.

Disebabkan sistem pendidikan lebih mementingkan kandungan pengetahuan, makin banyak diperoleh makin dilihat cemerlang, ia akan menyebabkan lelaki kurang berjaya berbanding lelaki,” tambah Awangku Merali, seorang pendidik.

Walau apa pun, “kedudukan wanita mengatasi lelaki bukanlah sesuatu yang harus dilihat sebagaj satu masalah. Ia merupakan kejayaan bersama kerana kita telah memberikan peluang yang sama kepada wanita selaras dengan perubahan semasa.

Sistem pendidikan kita sebelumnya tidak memberikan ruang yang meluas kepada wanita maka itulah menyebabkan ramai lelaki bersekolah dan akhirnya menguasai bidang pekerjaan. Keadaan kini telah berubah kerana sudah ada satu gerakan untuk meningkatkan kedudukan wanita dalam sektor pengurusan dan pembuatan keputusan sehingga ke tahap 30 peratus di Malaysia sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan,” jelas Awangku Merali.

Bagi Dr Fatimah, lelaki dan wanita sebenarnya sama-sama penting kerana dalam masyarakat Islam yang lebih dipentingkan kehidupan yang sejahtera sebagai pasangan. Ini bererti, lelaki juga perlu dididik supaya mencapai tahap kecemerlangan kerana wanita turut memerlukan pasangan yang seimbang.

Bagi Dr Shahren, walaupun lelaki dan wanita sesama diperlukan sebagai modal insan yang cemerlang, di sisi Islam yang lebih penting ialah tahap ketakwaan. Maka di sinilah masalah yang harus difahami oleh guru-guru untuk melakukan tranformasi kerana mereka yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan tidak bermakna mereka tidak cemerlang, mereka boleh memberikan sumbangan yang besar jika mereka terus diberikan peluang untuk ikut sama dalam proses pembelajaran yang lebih terbuka dan toleran.

Forum yang bertajuk “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” itu sepakat bersetuju bahawa gurulah yang berupaya menggerakkan tranformasi pendidikan. Tanpa guru, agenda tranformasi yang baik dan menarik tidak akan mecapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh Kerajaan. Dan, dalam melaksanakan perubahan tersebut, guru terlebih dahulu mentranformasikan dirinya terlebih dahulu agar terus dilihat relevan dan berkesan.

Awangku Merali memberikan saranan terbaik untuk guru supaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman lampau untuk mendokong sesuatu yang baru, kerana itulah guru mesti melihat keberkesanan kaedah pedagogi yang ada dalam diri sendiri. Orang lain mungkin boleh mengambil alih tanggungjawab yang lain, tetapi tidak boleh mengambil  alih aspek pedagogi. Kemahiran pedagogi mestilah diresapi dengan jiwa pendidik yang tinggi, maka dengan itu guru akan terus dapat menyumbangkan peranannya sebagai “penjana transformasi pendidikan negara.”