Sunday, 20 October 2013



Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas,justeru itu,kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya.

Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.

Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.

Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita telah menguasai dua benda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.


Pakar IT,pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.







http://eemoticons.net

pahitnya jahiliah, manisnya tarbiah :)


    

What seems like a disappointment can turn out to be a blessing. Trust ALLAH's plan for you & know that there's a reason for everything.



Say ‘SubhaanAllaah, Alhamdulillaah, AllaahuAkbar.’

Repent. Refresh. Renew. Revive.

Start. Again.

Anew.

The evidence of true love is the desire for your company in Paradise.





Wednesday, 9 October 2013

alat-alat berfikir

1. Pengurusan Grafik (GO)
üPG atau Grafik Organiser (GO) adalah suatu bentuk ilustrasi atau lakaran.
üIa digunakan untuk membantu dan menguruskan cara berfikir secara tersusun dan menyedari proses pemikiran berlaku
üDigambarkan secara lebih mudah dan jelas
Pemilihannya bergantung kepada tujuan, situasi dan perhubungan dengan aspek lain
http://eemoticons.net
 2. Alat Berfikir CoRT
lDipelopori Edward de Bono
lSingkatan “ Cognitive Research Trust”
lMenggalakkan individu berfikir secara meluas

ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT I.
PMI: plus, minus, interesting
  PMI adalah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan.  
PMI membantu kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea.
 PMI Memperluaskan pandangan dan mengelakkan pemikiran sempit dan beremosi.
CAF: consider all factors
Membuat pilihan atau membuat keputusan  dengan mengambilkira semua faktor.
Sekiranya tidak mengambilkira faktor lain mungkin keputusan itu betul pada masa kini tetapi salah kemudiannya.
Mengambilkira semua faktor-faktor lain apabila sesuatu idea dikemukakan.
C&S: consequences & sequel
lMemikirkan sesuatu dengan mengambilkira kesannya untuk dipertimbangkan.
Kesan serta merta
Kesan jangka Pendek (1-5 tahun)
Kesan Jangka Sederhana (5-25 tahun)
Kesan Jangka Panjang ( Melebihi 25 tahun )
AGO:aims goals, objectives
Setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya, sendiri, ikut orang lain atau semua orang melakukannya. Tapi kadangkala berlaku bukan kerana sebab-sebab tetapi kerana ingin mencapai hajat tertentu.
Kalau kita taju apa yang ingin dicapai, ini akan dapat membantu kita dan dapat membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing.
Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita membuat keputusan tertentu dan merancang tindakan yang akan diambil.
FIP: first, important, priority
Sesetengah perkara mungkin Faktor, Objektif, dan akibat mungkin lebih penting daripada yang lain.
Dalam memikirkan sesuatu situasi, setelah anda mendapat idea, anda pasti menentukan idea mana yang lebih penting, supaya dapat berbuat sesuatu  tentangnya.
Setelah melakukan PMI, CAF, AGO, C & S anda boleh gunakan FIP untuk memilih butir-butir yang paling penting dan diberi keutamaan diselesaikan dulu.
APC: alternatives, possibilities, choices
Pada peringkat awal mungkin tidak banyak pilihan sesuatu keputusan diambil namun kalau mencarinya lebih banyak  yang dijangka.
Begitu juga dalam melihat sesuatu keadaan ,biasanya akan dapat penerangan yang ketara. Jika berusaha mencari dengan lebih banyak  kemungkinan terdapat penerangan yang beluam anda etahui sebelum ini.
OPV: other people’s views
Banyak situasi berfikir melibatkan ramai orang, Apa yang difikirkan mereka aspek faktor, akibat yang mungkin timbul, objektif dll. Mungkin mereka mempunyai pandangan berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama.
Setengahnya pertimbangkan faktor (CAF), ada kaji akibatnya(C & S), objektif ( AGO), ada keperluan mustahak sahaja (FIP)
  SEBENARNYA APA YANG DIKIRKAN SAMA DENGAN APA YANG DIFIKIRKAN ORANG LAIN- CUMA PANDANGAN YANG BERBEZA
ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV
linput rawak
lmengasingkan kelemahan
lmentakrifkan masalah
lpenilaian
lmenentukan keperluan
lkombinasi
lidea dominan
lmencabar konsep


  (3) PENGURUSAN GRAFIK 
DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan  pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang  proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah  dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.
http://eemoticons.net

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN 
-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK
    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN 

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK 
  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri              
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut 

4. Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas.
Sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita
membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras ,
skop dan fokus

Soalan bertumpu dan bercapah

         Soalan Bertumpu                         
          Soalan bercapah

         Aras rendah
           Aras tinggi

         Jawapan atau respon terhad
          Jawapan atau respon luas

        Berbentuk tertutup
          Berbentuk terbuka

        Sesuai menguji daya ingatan
         Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran

         Lebih  bersifat objektif
         Lebih  bersifat subjektif




Tuesday, 1 October 2013

cara belajar


Kepelbagaian Cara Belajar


BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

Bahan – terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet. Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

Kaedah – belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih. Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.
http://eemoticons.net

Gaya belajar – Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik. Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali. Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.